Showing posts with label sifat 20. Show all posts
Showing posts with label sifat 20. Show all posts

Wednesday, July 15, 2009

Salam Kembali

Assalamualaikum,

Maaf kepada semua yang pernah menjenguk dan mengharapkan sesuatu dari blog ini, kerana blog ini sudah lama keringnya.Tak diupdate. Mungkin ada mesej-mesej yang tak dijawab. Afwan Ya ikhwani fillah.

Rasanya ana perlu kembali menyambung bicara sebagai satu sumbangan kepada Islam dan sebagai satu tanda cinta kepada Allah dan rasulnya. Pohon bantuan dan doa dari para ikhwan sekelian. Agar nusrah Allah menjenguk dada yang tercemar ini, fikiran yang banyak karatan dan khayalan ini, jemari yang malas ini, untuk mula kembali menyambung kalam hati dari Tuan guru hamba. Banyak mutiara yang hamba kutip dari lidah hati Syaikhuna cuma kelemahan hamba mejadikan ia bersemi di dada ini sahaja sedangkan amanah guru supaya disebarkan.

Ya Allah Ya Tuhanku,

Tuahku sudah jelas
Kau panggil aku kekal di bawah dagu Syaikh yang mursyid
Hilm syaikh telah ku reguk basah dadaku
titisan airmata guru telah ku lihat menangisi nasib Agama dan Ummah
Dan Mutiaranya ada yang tersisa di dada ini
Hanya tinggal satu
amanahnya agar disebarkan agar cahaya hatinya menyinari zaman

Ya Rabb, unsurni, unsurni, unsurni

Abi Ahmad
Sang Faqir Yang Berdosa

Monday, April 6, 2009

Bicara TAUHID TASAUF 1: PENGENALAN Tauhid I'tiqadiah, Syuhudiah & Wujudiah

Program: Bicara TAUHID TASAUF 1
tAJUK: PENGENALAN Tauhid I'tiqadiah, Syuhudiah & Wujudiah
TEMPAT: IYC Cheras / MASA: SABTU 25 hb April 2009 2:30 ptg - 5:30 ptg
SUMBANGAN kos Bahan, dewan dan pengisian: RM30 shj untuk seorang.

Pendahuluan

Program ini adalah termasuk dalam silibus susulan bagi bekas peserta program Interaksi Dengan Allah. Namun begitu, ia terbuka kepada semua yang berminat. BIcara ini, Insya Allah akan membawa peserta kepada pemahaman yang lebih mendalam dan pegangan yang lebih teguh terhadap aqidah Islamiah. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah satu sistem kepercayaan yang meletakkan asas-asas yang teguh kepada pembangunan Agama Islam dalam diri dan masyarakat Muslim. Kefahaman yang benar dan jelas adalah amat perlu untuk membina ummah yang mampu merealisasikan ungkapan "UMMAH YANG TERBAIK".

Metodologi

Ia dikendalikan dalam format bengkel, diskusi multi hala dan terbuka berdasarkan bahan yang disediakan.Bahan utama bengkel ini disediakan berdasar kepada pengajian dan pendidikan yang al Faqir terima dari Tuan Guru Syaikh Hj Ibrahim Mohamad AsySyathori. Kupasannya adalah mengikut kacamata agama dan sains.

Silibus

1. Sumber Aqidah Islam ialah Muhammad saw

2. Pengenalan & Kepentingan Tauhid I'tiqadiah, Syuhudiah dan Wujudiah

3. Tauhid I'tiqadiah di Sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah
Sifat Nafsiah & Salbiah - wujud Allah adalah wujud yang di luar takluk masa, ruang, jarak, tempat dan arah. Ia menetapkan Kesempurnaan Allah swt.

4. Sifat Ma'ani - makhluk ini amat bergantung kepada Allah swt. Allah amat hampir kepada makhluk.

5. Tauhid Syuhudiah & Wujudiah

6. Jalan Tarbiah Rohaniah dalam mencapai Tauhid Syuhudiah & Wujudiah.

7. Soal Jawab & Penutup.


Penutup

Semoga program kecil ini mampu membantu Islam kembali menerajui Alam.