Tuesday, November 11, 2008

PROGRAM "INTERAKSI DENGAN ALLAH"

Kalam Syaikh Ibrahim

“Untuk Kebahagiaan & Kejayaan”

Kata Syaikh Hj Ibrahim Mohamad AsySyathiri; ‘Ramai manusia yang boleh mencipta kejayaan hidup tetapi tidak ramai yang boleh mencapai kebahagiaan’


Pengenalan
بسم الله الرحمن لرحيم

Dengan Nama Allah, Tuhan yang Amat Mengasihi Lagi Amat Pemurah
Segala puji bagi Allah yang menguasai hidup manusia dalam genggaman taqdirNya dan yang telah menjadikan hidup ini satu permainan dan tipu daya semata-mata. Selawat & salam ke hadrat SaidinaMuhammad صل الله عليه والسلام Penghulu Anbia walmursalin.

Kiblat Dunia Hari Ini

Umat manusia hari ini telah menerima akibat dari generasi terdahulu yang telah memesongkan kompas ilmu, terutama di zaman Rennaisance. Mereka telah menolak Ketuhanan ke tepi dalam bicara sains dan tamaddun. Revolusi perindustrian yang telah melahirkan peradaban manusia zaman moden telah menzalimi umat manusia. Umat manusia dipisahkan dari Allah, Tuhan yang telah mencipta mereka dan kehidupan. Umat manusia putus hubungan dengan alam ghaib yang sama wujud dengan dengan alam kasar ini. Hasilnya, dunia meyaksikan manusia menderita dalam pelbagai petaka ciptaan akal dan tangan mereka sendiri.

Ada segolongan manusia yang tampil sebagai jaguh memberi pendapat dan teori menafsir alam dan misteri kehidupan dengan menyisihkan wahyu sebagai sumber ilmu mutlak dan hakiki. Golongan ini telah mencemari budaya ilmu dan pemikiran, seterusnya memimpin dunia kepada cara hidup yang terputus dari Sang Pencipta dan Alam Akhirat dan Alam Ghaib. Manusia tenggelam dalam impian dan syurga olok-olok dunia. Khayal dalam tipuan keseronokan nafsu dan lupa dengan hari akhir yang memutuskan segala keseronokan. Cahaya yang dibawa Nabi Akhir zaman صل الله عليه والسلام tidak bersinar lagi dalam hati majoriti manusia. Manusia mungkin mewah dan kaya, tetapi bukan semua kaya atau mewah dan kebayakannya jauh dari kebahagiaan. Golongan manusia yang tersesat dan menyesatkan ini telah membina banyak tuhan-tuhan moden yang menggantikan Allah dalam hidup manusia. Tuhan-tuhan ini telah membawa manusia semakin jauh dari Allah setiap hari. Sedihnya umat Islampun turut dicemari dengan virus-virus syirik yang telah disebarkan oleh mereka. Kita turut terheret tenggelam dalam krisis pemikiran, krisis identiti, krisis sosial, krisis politik, krisis kebahagiaan dan sebagainya. DAN KITA JUGA MEMBONTOTI mereka ini dalam mencari jalan keluar!!!!

Kita alpa dan jahil tentang hakikat diri dan hidup ini. Kita kehilangan bisikan rahsia hamba dengan Allah yang mampu menghibur di kala resah. Mampu memberi kekuatan di kala lemah. Suara ghaib yang memberi petunjuk khususi kalau tersesat. Kita telah kehilangan Allah dalam hidup ini. Kiblat hati kita dipesongkan kepada yang lain dari Allah. Bahkan kita tidak kenalpun hati kita sendiri, jauh sekali membina 'INTERAKSI' dengan Allah.

Program ‘INTERAKSI DENGAN ALLAH’ adalah satu usaha untuk mengutarakan satu bimbingan ilmiah dan praktikal untuk mencari balik HATI (hakikat diri manusia), mengenali ilusi alam serta hidup dan terus mencari Allah, Sang Pencipta. Program ini juga akan membimbing para peserta untuk berhubung balik dengan Allah Yang Maha Hampir KasihNya, dengan izin Allah. Mudah-mudahan kita selamat dari tipu daya yang ada. Seterusnya kita akan kembali bahagia di sisi Allah.

Pengisian
Program ini akan menyelusuri beberapa topik yang membimbing peserta dalam tiga tahap.
1. Memahami dunia hari ini
2. Mengenali hakikat diri dan Allah serta membuka ruang INTERAKSI dengan Allah.
3. Memahami ilusi otak manusia tentang wujud dunia & hidup ini dan bagaimana membina hidup (ilusi) yang berjaya dan bahagia
Topik-topik Bicara


1. KETURUNAN BERUK?
Beberapa kekhilafan sains moden dalam menafsir hidup, manusia dan alam.
· Kelakarnya hujahan evolutionist.
· Empiricism menolak alam ghaib.
· Sains dan agama adalah bermatlamat sama.
· Kecelaruan sistem & budaya hidup dunia hari ini kerana menolak alam ghaib.
· Kembali kepada Allah Adalah Kembali kepada Sumber Panduan Hidup hakiki.

2. HAKIKAT MANUSIA
Kenali diri agar tidak tertipu dalam hidup
· Saintis Rusia ambil gambar roh?
· The Ghost in the Machine adalah Roh Yang bersifat Maani.

3. ALLAH
Kenali Allah yang Maha Agung & Maha Besar & Maha Hampir
· Sains Modern Membuktikan Allah Wujud yang tidak tertaa’luk dengan masa & tempat.
· Mukhalafatuhu Lilhawadis
· Dia Yang Zahir dan Yang Batin

4. MEMBUKA RUANG INTERAKSI
Buka pintu untuk berinteraksi dengan Allah Yang Maha Mendengar
· Sains menemui ruang Higher Level of Conciousness
· Roh yang berhadap dengan Allah Yang Zahir dan Yang Batin
· Hijab dan Pembukaan
· Latihan membuka Hijab Untuk Interaksi Mendalam

5. DUNIA, HIDUP ADALAH ILUSI
Kenali apa yang realiti dalam hidup ini
· Ilusi Otak & hakikat hidup dunia
· The Master of Illusion

6. BINA HIDUP BERJAYA DAN BAHAGIA DENGAN INTERAKSI
Teknik membina Kejayaan & Kebahagiaan Sejati
· Menukar Ilusi dengan tenaga tawakal
· Doa
· Adil, Kasih & Bijaksana Allah Dalam Taqdir

7. Soal Jawab dan Kesimpulan