Sunday, November 30, 2008

Khusyuk Solat

Bismillahirahmanirrahiim.

Solat adalah saat pertemuan hamba dengan Allah. Ia adalah masa seorang hamba berbisik-bisik dengan Rabb yang Maha Mendengar. Saat ini adalah saat yang paling istimewa dalam hari-hari seorang mukmin. Jika seseorang mukmin itu tidak khusyuk dalam solatnya maka ia kekurangan satu syarat besar sebagai seorang mukmin. Firman Allah; Beruntunglah orang mukminun, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.

ROH itulah diri yang bersolat

Diri manusia yang sebenarnya adalah roh. Dia lah yang solat. Jasad ini adalah tempat tinggal roh di alam jasad ini. Bila jasad, rumah roh berhadap kepada Kaabah, rumah Allah, maka roh sepatutnya berhadap kepada Allah. Roh berhadap kepada Allah di alam roh. Bia manusia tidak dapat meneroka alam roh maka dirinya tidak dapat berhubung dengan Allah. Bukan kerana Allah berada di alam roh, tetapi manusia itu terdinding dengan alam jasad hingga tidak terbuka mata rohaninya. Bila rohaninya terbuka maka hubungannya dengan Allah akan mencapai martabat ihsan. Ihsan ialah engkau beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya. Dan jika engkau tidak melihatnya Dia melihat kamu.

Roh yang kembali ke maqam ihsanlah yang boleh berinteraksi dengan Allah. Hanya roh yang boleh berinteraksi dengan Allah sahaja yang khusyuk. Buka sahaja di dalam solatnya. Di dalam ibadah lain juga roh ini akan khusyuk. Bahkan setiap saat roh ini mampu khusyuk.

Bagaimana Mahu Kembali ke maqam Ihsan.

Kata Syaikhuna, Syaikh Hj Ibrahim AsySyathori, roh itu perlu dikembalikan ke alam asalnya. Barulah ia akan mencapai maqam muraqabah dan maqam musyahadah. Kedua-dua maqam ini adalah adalah maqam ihsan yang diisyaratkan oleh Baginda Nabi Besar Muhammad sallallahualaihi wasallam. Untuk kembali ke alamnya roh perlu kembali merenangi alam-alam yang dilalui sebelum ia zahir ke alam jasad ini melalui ibu dan bapanya. Roh perlu mengikuti syariat Nabi Muhammad. Dan roh perlu mengambil perjalanan yang boleh membuka alam kerohaniannya. Dan roh perlu dibimbing oleh seorang guru yang akan membimbingnya untuk kembali ke alam roh.

Jadi, khusyuk itu tidak semudah kita menghafaz makna bacaan atau yang terbaru penulis dengar adalah dengan menghadirkan ayat-ayat bacaan di depan mata. Ianya adalah peri hal perhubungan roh dengan Allah. Jika roh itu amat merindui Allah, maka hidupnya, ibadahnya dan solatnya adalah dalam kerinduan. Jika dalam kecintaan maka khusyuknya adalah kecintaan kepada Tuhannya.

Para ulama rohani telah menggariskan pelbagai sistem untuk membawa roh pulang ke alam roh. Rahsia sistem atau manhaj ini tersimpan dalam sekolah-sekolah pendidikan yang mereka bina. Sekolah-sekolah inilah yang dinisbahkan dengan nama-nama ulama rohani yang mengasaskannya. Sekolah-sekolah ini juga disebut tariqah. Tariqah Qadiriah diasaskanoleh Syaikh Abdul qadir Al jailani. Tariqah Syatthoriayah dinisbahkan kepada nama Syaikh Abdullah Syatthar. Tariqah Naqsyabandi pula, Syaikh Bahauddin qaddasalLahusirruhum. Lahumul Fatihah.

Jika seorang Islam itu tidak mengambil bimbingan melalui mana-mana tariqah, maka bagaimana dia boleh kembali ke alam roh dan hidup dalam khusyuk.

Wallahua'lam
abi ahmad
kedai telefon bimbit zahari
bandar kt 30/11/2008